Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula hari Sabtu, 25 Sya'aban 1444 bersamaan dengan 18 Mac 2022, pendaftaran dan pengambilan kad pengenalan hijau di Dewan Bandaran Kuala Belait akan dipindahkan semula ke Pejabat Cawangan Pendaftaran Kebangsaan, Kuala Belait.