Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeranan Utama

​​logo imigresen brunei.png

SLOGAN JABATAN
MESRA, TEGAS DAN BERWIBAWA

Jabatan Imigresen dan Pend​aftaran Kebangsaan adalah sebuah Jabatan yang berorientasikan  perkhidmatan  kepada orang ramai. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan selaras dengan visinya iaitu ke arah perkhidmatan yang dina​mik dan kredibel, sentiasa cuba bersikap pro aktif selaras dengan peredaran waktu dan keadaan yang serba mencabar ini akan tetapi berpandukan Akta dan Peraturan - Peraturan yang sedia ada.

Peranan​ utama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah Untuk mengawal (Control) dan Mengatur (Regulate) orang-orang asing masuk/keluar ke/dari negara ini supaya tidak menjejaskan kepentingan negara, keselamatan, ekonomi, sosial, ugama, budaya serta mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan (Service Hub for Trade and Tourism). Selain itu, objektif jabatan ini juga adalah menentukan Taraf Kependudukan serta melaksanakan pendaftaran-pendaftaran yang berkaitan dengan Kelahiran dan Kematian, Kerakyatan, Kad Pengenalan dan Anak-Anak Angkat sesuai dengan keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya.​