Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKad Pengenalan Pintar

Bahagian Kad Pengenalan Pintar bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan bagi kad pengenalan pintar kepada warganegara Brunei Darussalam, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang berkelayakan. 

Permohonan Kad Pengenalan Pintar boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di Pejabat Cawangan di daerah yang lain. 

Permohonan juga boleh dipohonkan dengan memuat turun Aplikasi QueUp dari Appstore atau GooglePlay dan membuat tempahan nombor giliran lebih awal. Ini akan menjimatkan masa menunggu bagi orang ramai dan menjamin nombor giliran bagi permohonan yang dihadapkan. 

Walaubagaimanapun, permohonan secara Walk-In adalah masih diterima di Pejabat-Pejabat Cawangan. 

Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan.

 

Jenis-jenis permohonan kad pengenalan pintar mengikut kategori:

IMG_8687.JPG
JENIS KAD PENGENALAN PINTAR KATEGORI PERMOHONAN
Kad Pengenalan Pintar (Kuning) dikeluarkan kepada:
  •  Warganegara Brunei Darussalam
  • Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.
Kad Pengenalan Pintar (Ungu) dikeluarkan kepada:
  • Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
  • Pemegang Kad Permit Masuk / Resident Permit yang sah
  • Telah mencapai umur 12 tahun ke atas.
Kad Pengenalan Pintar (Hijau) dikeluarkan kepada:
  • Warganegara asing yang memegang pas imigresen yang sah dan tinggal di Negara Brunei Darussalam 
  • Pas Imigresen hendaklah melebihi 03 bulan.
 

Dokumen yang diperlukan bagi permohanan Kad Pengenalan Pintar:

Kad Pengenalan Pintar yang mansuh semasa berada di luar negeri

Warganegara Brunei Darussalam yang sedang belajar atau sedang menjalani rawatan di luar negeri adalah dinasihatkan untuk memaklumkan berhubung kad pengenalan pintar yang mansuh di Pejabat Perwakilan ataupun Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam yang terdekat. Pemegang kad pengenalan pintar bolehlah membaharui Kad Pengenalan Pintar mereka setelah tiba di Negara Brunei Darussalam. 

Denda Kompaun

Berdasarkan kepada Peraturan 24(3), Akta Pendaftran Kebangsaan (Pindaan) 2000, jika seseorang gagal untuk mendaftar kad pengenalan pintar pada waktunya boleh dikenakan denda kompaun maksimum tidak lebih dari BND$200.00