JENIS DOKUMEN PERJALANAN | KATEGORI PERMOHONAN |
 Pasport rasmi dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam yang mendapat sokongan dari Kementerian atau Jabatan di Negara Brunei Darussalam dan mendapat kebenaran dari Jabatan Perdana Menteri. Spesifikasi: Biometrik Bayaran: Percuma Tempoh mansuh: 5 tahun | |
Pasport Diplomatik dikeluarkan kepada waraganegara Brunei Darussalam yang disokong dan mendapat surat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Spesifikasi: Biometrik Bayaran: Percuma Tempoh mansuh: 5 tahun |
|
 Pasport Biometrik Brunei dikeluarkan kepada warganegera Brunei Darussalam. Spesifikasi: Biometrik Bayaran: BND$60.00 Tempoh mansuh: 5 tahun |
|
 Sijil Pengenalan Biasa (GCI) dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam. Dokumen perjalanan ini hanya sah digunakan bagi tujuan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Spesifikasi: Machine Readable Bayaran: BND$35.00 Bayaran bagi memasukkan / menambah keterangan anak di dalam Sijil Pengenalan Biasa ayah / ibu (maksimum 4 orang anak berumur 11 tahun dan kebawah) : Percuma Tempoh mansuh: 10 tahun | |
Sijil Pengenalan Brunei (CI) dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berkelayakan. Specifikasi: Machine Readable Bayaran: BND$50.00 Tempoh mansuh: 5 tahun. Nota: Pemegang dokumen perjalanan ini dinasihatkan untuk memeriksa keperluan visa bagi negara yang ingin di tuju sebelum melakukan perjalanan ke luar negeri. | |

Sijil Darurat dikeluarkan kepada warganegara Brunei Darussalam yang berada di luar negeri dan berhasrat untuk pulang ke Negara Brunei Darussalam dalam masa yang terdekat. Ianya akan dikeluarkan bagi pemohon yang kehilangan atau kerosakkan pasport semasa berada diluar negeri dan bagi anak damit yang lahir di luar negeri yang mana ayahnya adalah sah taraf sebagai warganegara Brunei Darussalam dan berhasrat untuk membawa pulang ke Negara Brunei Darussalam. Bayaran: BND$20.00 Tempoh mansuh: Sijil ini sah digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ianya dikeluarkan dan bagi sekali perjalanan ke Negara Brunei Darussalam sahaja. | |